Berzaman gila aku tak update blog. rasa malas tu memang banyak. social network ni ikot mood ak. kadang kala rajin. tapi kalau rajin, terlebih rajin pula. kalau malas, sensangat la malas. walaupon aku tahu tak ramai yang mengikuti blog aku yang terlalu buruk ini.maklumlah, sekarang agak bahaya apabila nak post sesuatu. facebook ke twitter ke atau pon blog. boleh kena tangkap. biasa la Malaysia. ops. ok. cukup2.insyaAllah lepas ni aku cube untuk mengupadte kan blog ini. tak kira pasal diri aku, agama, negara dan apa2 pon jua.Best regards,
Alhamdulillah.selamat juga aku meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.hari Pertama nak kene panas badan.memang susah.Td naseb baek dapat add subject.ramai yang tak dapat.cian mereka.aku dapat sebab aku pakai masok Je class.kire nampak effort di situ. Erkk.Sem ni kelas awal pagi.memang ak nak pon.erk.haha.setiap pagi xle tido pas subuh.suatu benda baru yang dah lama tak buat lepas sekolah.slalu nya dapat kelas 10 ke atas.tp bagus juga nih.Apa2 pon,selamat menuntut ilmu kepada semua.niat kasi betol.Hanya kerana Allah.P/s : wake up your brain !!
Eid Mubarak !
Alhamdulillah, setinggi tinggi syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada aku untuk hidup dan menikmati sisa sisa hidup yang dikurniakan ini. Bersyukur juga kerana di beri peluang untuk menjalani Ramadhan al-Mubarak selama sebulan dengan jayanya. Semoga ibadat aku ini diredhai, diberkati dan di terima Rabbul Jalil.
Pada raya kali ini, aku beraya di Perlis. kampung mak ayah aku di sana. tidaklah menyusahkan untuk ulang alik negeri ke negeri lain. tidak pula mengalami kesesakan jalan raya. satu kelebihan di miliki keluarga aku. hehe.
Raya kali Ini first time aku raya dengan Cik Atie. sebelum ni time raya kami hanya kawan. bunyik mcm bnyk kali je raya dengan dia. tak. ni kali kedua aku beraya dengan dia. pertama as a friend dan yang kali kedua ni as a ........ pandai2 la korang fikir ye.
walau pon tak raya satu tempat, sebab aku perlis dia penang, tapi tu bukan menjadi alasan bahawa raya kali ni special. aku rasa bahagia kali ni. sentiasa lah bahagia.
tu je aku nak share. pape pon, EID Mubarak kepada semua Muslim di seluruh dunia. =)
p/s : sape ade buat open house tu roger2 eh. haha. nak isi balik tank ni.
Salam Ramadhan.
Rasa sudah lama tak update blog nih. aku malas sikit sebab macam2 hal dengan internet yang takde nya. so blogger yang berkunjung pon takde. dah penuh dengan sampeh sarep.
aku sebelum nak post ni, banyak kali aku pikir. apa tujuan ak berblog? untuk gosip?e-diari?berdakwah? korang pikir2 la ye tentang blog korang.
sebab apa yang kita tulis ini akan di baca oleh orang sekali gus orang tu akan menyebar kan kepada orang lain. kalau benda bagus tak pe, kita jugak dapat pahala. kalau benda tu fitnah belaka, gosip dan sebagainya macam mane? dosa kita memang bertambah2 dari hari ke hari. Betul tak.?
so aku nya blog ni pelbagai. aku tak mau citer pasal orang lain. hanya diriku dan lain2. nk kutuk orang aku rasa bukan tempatnya di sini. kan kan. ok la. mungkin pasni aku akan aktif kembali.
selamat berbuka kalian. =)